Saturday, November 27, 2010

Shot Pertama (Walimah Tie dan Rizal)


Seorang jurugambar profesional pernah berkata: "Antara tips penting untuk menjadikan seseorang itu kreatif dan berjaya ialah meletakkan peratus dalam bidang ini sebanyak 75% bisnes dan 15% minat, maka anda akan mencapai sasaran bagi bisnes dan minat dalam masa yang sama."

Pengalaman pertama mengambil gambar pengantin di majlis perkahwinan memang mengujakan. Dengan ilmu dan kemahiran yang masih di tahap 45%, kebarangkalian untuk menghasilkan 'shot' terbaik agak kontra. Walaupun kurang konfiden dan sulit, percubaan kali pertama itu penting dan istimewa.

Saya merancangkan untuk mengambil beberapa shot yang telah saya drafkan pada sehelai kertas - kononnya untuk panduan dan pedoman. Disebabkan keadaan yang kelam kabut, segala 'framework' yang dilakar blur dan saya menggunakan imaginasi spontan yang dirasakan sesuai. Sisip pertama ketika berada di halaman rumah pengantin ialah pelamin. Saya mencuba beberapa shot untuk mencari kesesuaian dan sudut terbaik. Masalah paling besar ialah cahaya. Dan memang saya agak degil kerana tidak menggunakan flash, kerana saya lebih bimbangkan tentang sudut dan keluasan sehingga saya terpaksa menghabiskan hampir RM2k untuk se laras lens Zuiko Digital ED 18-180mm f3.5-6.3 - saya anggap ia sebagai satu pelaburan walaupun saya kurang pasti kepentingannya untuk majlis sebegini.

Masalah kedua, saya bertungkus lumus menyesuaikan sudut dengan tata warna pelamin yang bagi saya agak 'sarat' untuk menonjolkan titik fokus. Penggunaan lampu simbah agak membantu walaupun menghasilkan semacam gangguan pada pencahayaan dan mod.

Su menginginkan sudut yang vertikal untuk memperlihatkan kesan butik dan pelamin serta set bilik tidur. Saya menginginkan sudut yang praktikal memandangkan ruang agak terhad dan sarat. Shot semasa aksi baring tidak memuaskan kerana saya berada di tengah sudut hujung katil menyebabkan keluasan dan sudut agak terganggu. Saya lebih selesa memilih pintu sebagai 'jalan keluar' untuk mendapatkan keluasan dan mod cahaya yang baik.

Outdoor shot agak selesa - walaupun ia sepatutnya dicaj dengan bayaran berbeza - kerana ia lebih fleksibel dan paling penting saya tidak perlu bimbangkan sangat tentang pencahayaan. Tetapi kebanyakan shot yang diambil spontan kerana tiada runding-cara dengan pelanggan.

Ia memang pengalaman pertama dan percubaan tunggal. Begitu saya agak berdebar dengan respon pelanggan terhadap hasilnya. Saya mungkin tidak menjanjikan pulangan wang, kerana saya menerima upah pakej daripada Suna. Saya lebih suka memberi pilihan kepada pelanggan untuk menilai sendiri hasil kerja yang saya buat dan keputusan di tangan mereka.

Apa pun terima kasih kepada Suna kerana memberikan kepercayaan untuk shot majlis kelolaannya, dan juga Jan yang merekemankan tugasan pertama ini.

Sejuta ucapan terima kasih buat supervisor dan pekerja di Mega City Elektronik KB Mall yang tak kedekut ilmu berkongsi maklumat tentang I/S/A. Ia sangat bermanfaat!

No comments:

Post a Comment